Mukadimah

Sesungguhnya segala puji adalah milik Allah. Kita memuji, memohon pertolongan dan meminta ampunanNya. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan dan keburukan amal perbuatan kita. Siapa yang ditunjukan Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Siapa yang disesatkan Allah maka tidak ada yang dapat menunjukanya. Aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang haq kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusanNya. semoga shalawat, salam dan keberkahan dilimpahkan kepada beliau, keluarga, sahabat dan segenap orang yang mengikutinya.

Amma ba'-du.

Kebersihan hati

Dicatat oleh Amik

Kebersihan Hati

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, semoga shalawat dan salam tetap tercurah atas nabi kita Muhammad, keluarga beserta shahabat beliau.
Ummat Islam adalah ummat yang murni dan suci dalam perkara akidah, ibadah dan muamalah. Nabi shallallahu'alaihiwasallam melarang hal-hal yang dapat membangkitkan amarah serta menimbulkan permusuhan dan kebencian. Beliau bersabda: "Janganlah kalian saling bermusuhan, saling iri, saling membelakangi, dan janganlah kalian saling memutuskan hubungan. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang muslim untuk memutuskan hubungan dengan saudaranya lebih dari tiga hari". (H.R Muslim)
Beliau juga menganjurkan untuk saling mencintai dan berkasih sayang. "Demi Dzat yang jiwaku ada di tangannya, kalian tidak akan masuk surga sampai kalian beriman dan kalian tidak akan beriman sampai kalian saling mencintai ... (H.R Muslim)

Karang Ngah

Dicatat oleh Amik



Nak pergi ke tak? Baru balik dari memancing di Pulau Besar, Mersing 2 hari lepas. Rasa macam sedikit tawar hati nak pergi walaupun kali terakhir saya kesana naik kerapu minyak 3 kilogram dengan Tekong Pak Nuar empat tahun lepas. Entah mengapa saya begitu kurang berminat nak ke Sedeli. Mungkin sebab sewa botnya agak mahal berbanding di tempat lain dengan tempoh masa memancing cuma dari subuh hingga ke sebelum maghrib. Rasanya separuh masa saya terbuang dalam perjalanan. Pengalaman saya disini lebih banyak kepada ikan yoyo daripada ikan dasar dan ikan permukaan pun mengikut musim. Dalam hati nak juga cuba ikut tekong bot lain tapi masih lagi tak berpeluang. Susah nak cari tekong bot yang
faham kerenah pemancing ni.

Dua minggu sebelum pergi pun saya masih belum memberi kata putus lagi. Akhirnya saya memberi kata putus untuk mengikut mereka ke Sedeli kali ini. Mungkin sebab kali ini berbeza dari sebelumnya. Memancing 2 hari satu malam dan merancang untuk pergi ke Karang Ngah tapi sewa bot pun bertambah dari sebelumnya. Semuanya kerana Joran GP hingga petekong-tekong bot dah mula main harga atas alasan ada unjam sendiri. Berserah pada yang Esa, jikaada rezeki tak kemana. Cepat atau lambat, besar atau kecil, dari atas atau bawah, Insya Allah ada.

Tak ambil berat sangat dengan persiapan memancing. Berkemas sebelum betolak esok pagi. Apa yang ada dalam kotak pancing 2 minggu lepas saya cuma tambah batu ladung yang dah kurang dan perambut dawai dengan mata baru. Pukul 10 malamnya saya masuk tidur awal dari biasa. Nak bertolak pukul 2 pagi ni. Badan agak letih sedikit berkerja petang tadi. Sadar dari tidur dah pukul 1:30 pagi. Lepas mandi, telepon dah bunyi,rupanya mereka semua dah berkumpul di rumah Razak, cuma saya yang masih belum siap, Zul datang nak ambil saya depan rumah. kalam kabut saya dibuatnya.

Zul tegur saya 'mana cukup air tu'. "Ah cukuplah untuk saya aje","Ada 4 botol coke lagi dalam tong tu" kata saya lagi. Selepas punggah barang dalam kereta terus saja bertolak ke Sedeli dengan mereka semua. Dalam kereta Aris sempat juga kutuk Aris untuk bangun pagi semata mata nak pegi mancing, bawa kereta pukul 2 pagi,kan sedap tidur kat rumah. Kami sampai di Kota Tinggi lebih kurang pukul 3 pagi, nak singgah di Restoran Ayub, tempat biasa kami ngeteh sebelum turun ke laut, malangnya tutup, jadi kami terus ke Restoran X yang belum tutup lagi. Dalam kereta tadi teringat yang saya tertinggal topi
nyonya sayur saya dengan baju sejuk dan pemetik api rokok saya. Jawab sendiri la esok tengahari dan malamnya dalam bot. Em kena lagi aku.

Lepas makan sub campur dengan Nes tarik terus telan ubat mabuk, rasa terang sikit mata ni,layan Haris berbual hingga ke Sedeli kampung, lebih kurang pukul 5 pagi, singgah sebentar di masjid besar Sedeli untuk buang air dan ambil air sembahyang, senang nanti nal solat subuh dalam bot. Pagi tu saya siapkan apa yang belum saya siapkan, sambil tunggu masuk subuh di atas bot. Lapang rasa memandang ke laut, sunyi, kawan- kawan tidur, senyum dapat melihat fajar matahari, dalam setahun entah berapa kali benar saya dapat melihatnya. Dah ada kawan yang bangun. " Mi ko tak tidor ke?, " tidur kejap " jawapan saya.

Berlabuh kat unjam, kat unjam siapa? ah tak kesahlah, belasah ajelah, malas nak tanya awak-awak. Ikan yoyo kembung dan tamban dah nampak muka, ikan pertama saya pagi tu,ikan tamban. Oklah ada rezeki. Zul mula naik ikan kacang, Yus dengan wak Kang sibuk tiup belon, cari tenggiri, saya buat tak ambil hal sangat, cari ikan dasar. Selepas 4 batu saya sangkut, saya dah mula bosan main dasar. Haris dah kena tenggeri, pelik juga, haris tanya ikan apa ni. Tenggeri boleh tak kenal. Tak lama Yus mula berlawan dengan ikan atas, mungkin tenggiri. Em! todak, besar juga. Tak boleh jadi ni bila tengok tekong pun naik tenggeri,tukar haluan.

Teringat ikan tenggeri mungkin ada kat tengah, saya campakkan kembung guna pelambung, perambut lebih kurang 4 meter sebab tak nak bagi todak sambar. Nak tiup belon, pada saya guna pelampung lagi mudah, tak payah nak tiup, nak ikat lagi, tukar batu jadi pelampung lagi mudah dan cepat, cuma masalahnya bila terlalu jauh hulur sampai pelampung pun tak nampak. Tak lama tunggu, joran dah berdenyut, biar, berdenyut lagi, kena dah, harap harap tenggeri la. Tapi bila lihat dia melompat, em.. hampeh todak juga. Layan main sampai naik atas. Dalam hati, mana pegi tenggeri ni. Hairan sebab perambut saya guna dah cukup panjang untuk sampai ke tangah permukaan air tapi todak yang makan. Kecewa rasanya sebab geram tengok Haris dah naik tenggeri.

Kepala saya dah mula sakit sebab panas terik, Zul cakap " kalau ikut ramalan cuaca, mendung tapi panas ni " Hai mendung dah macam ni panas, kalau panas terik lagi la panas " jawab saya berseloroh dengan Zul sambil ketawa. Zul pun ikut ketawa. " Panas tapi tak panas macam dalam neraka " jawab Haris. "ko dah pernah masuk neraka ke? Tanya saya. " Tak la, ustaz cakap ". Saja bergurau nak hilangkan tension ikan tenggiri tak makan.

Tak banyak yang saya ingat lepas tu. Mungkin ingatan saya dah tak sekuat dulu lagi. yang pastinya selepas tu saya naikkan todak lebih besar dari yang tadi, Razak ada naik jemie sekor, yus 3 ekor, wak kang 4 ekor, dan lain saya tak berapa ingat lagi. Malam tak de ikan makan. Saya banyak tidur dari memancing, yang lain pun sama. Dan yang paling tak seronok, tak pergi pun Karang Ngah.

Hai dah nasib, nak kena. Sabar ajelah.

Doa Putra-putri kami

Dicatat oleh Amik


Doa Putra-putri kami

Mereka satu kekuatanku
Kekuatan mereka, kekuatan kami
Cahaya kekuatan keluargaku

Mereka satu kemulianku
Kemuliaan mereka, kemuliaan kami
Cahaya kemuliaan keluargaku

Nurin Izzati
Cahaya kekuatanku
Cahaya kemulianku

Mereka satu kekuatan ku
Kekuatan mereka, kekuatan kami
Cahaya kekuatan keluargaku

Mereka satu mutiara
Mutiara mereka, mutiara kami
Cahaya mutiara keluargaku

Nurin Izzwani
Cahaya mutiara kekuatanku

Mereka satu kegembiraan
Kegembiraan mereka, kegembiraan kami
Cahaya kegembiraan keluarga ku

Mereka satu kebaikkan hati
Kebaikkan hati mereka, kebaikkan hati kami
Cahaya kebaikkan hati keluarga ku.

Nurin Insyirah
Cahaya kegembiraan
Cahaya kebaikan hati

Mereka yang cerdik
Yang cerdik mereka, yang cerdik kami
Terpuji yang cerdik keluarga ku

Mereka pandai
Pandai mereka, pandai kami
Terpuji pandai kelurga ku

Muhammad Haziq
Terpuji pandai
Terpuji yang cerdik

Mereka cerdik
Cerdik mereka, cerdik kami.
Terpuji cerdik keluarga ku.

Mereka cerdas
Cerdas mereka, cerdas kami.
Terpuji cerdas keluarga ku.

Mereka yang tinggi darjatnya
Tinggi darjatnya mereka, tinggi darjatnya kami.
Terpuji tinggi darjatnya keluarga ku.

Muhammad Nabigh
Terpuji cerdik
Terpuji cerdas
Terpuji mulia
Terpuji tinggi darjatnya

Jiwa Kami, Jiwa mereka
Jiwa mereka, jiwa kami
Jiwa keluarga ku

Ruhana
Jiwa kami

Mereka pencapai cita-citaku
Pencapai cita-cita mereka, pencapai cita-cita kami.
Terpuji pencapai cita-cita keluarga ku.

Mereka tekadku
Tekad mereka, tekad kami.
Terpuji tekad keluargaku.

Muhammad Azmi
Terpuji pencapai cita-citaku
Terpuji tekadku

Doa kami, doa kamu
Doa kamu, doa kami.
Doa keluarga ku.