Mukadimah

Sesungguhnya segala puji adalah milik Allah. Kita memuji, memohon pertolongan dan meminta ampunanNya. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan dan keburukan amal perbuatan kita. Siapa yang ditunjukan Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Siapa yang disesatkan Allah maka tidak ada yang dapat menunjukanya. Aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang haq kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusanNya. semoga shalawat, salam dan keberkahan dilimpahkan kepada beliau, keluarga, sahabat dan segenap orang yang mengikutinya.

Amma ba'-du.

Ku Cail Pulau Sibu, 4hb Julai 2009

Dicatat oleh Amik







Syukur kami semua telah selamat pergi dan balik dari memancing di P.Sibu,Johor. Kali ini giliran saya jadi tekong darat. Pertama kali saya menjejakan kaki di P.Sibu, memancing dengan kawan-kawan sejiran, sekerja. Semuan persiapan dirancang sebaik mungkin bernasihatkan orang ketiga di P. Sibu, Ella yang tak pernah kami jumpa dan abangnya,Jamal.

9.00pg, 4hb Julai,Bandar Putra.
Kami bertolak ke P. Sibu dengan 6 orang, Atuk Aris, Cigu Nizam, Wak Kang, Ah Lai, Padili dan saya, walaupun rancangan awal 8 orang,akan tetapi seorang menarik diri atas sebab keluarga, seorang lagi menarik diri tanpa alasan semasa kami dah nak bertolak. Kecewa rasanya bila tak ambil wang pendahuluan sebelum ni. Apa pun kami tetap bertolak juga malam tu.Janji sudah dibuat, bukan ke janji itu hutang yang wajib diselesaikan. Dalam 15 minit perjalanan, Ella talipon saya dan memberitahu ada masalah sikit dengan bot yang nak mengambil kami nanti. Air surut, bot tak boleh keluar dari pulau.Pada kami ini dah jadi masalah besar, kat mana kami nak tidur dan berehat nanti, letih berkerja siang tadi pun belum hilang lagi tapi terasa pelik juga bot fiber tak boleh nak keluar sebab sebelum tu, saya pernah bertanya ” Ada masalah tak kalau kami turun ke laut pukul 12:00 malam?”. Biasanya kalau kami naik dari Mersing, memang tak boleh selepas pukul 12:00 malam.

10:00pm,Kota Tinggi.
Sambil minum, kami buat keputusan untuk terus ke Jeti Tanjung Leman dan tidur dulu di surau jeti Tanjung Leman. Bot akan ambil kami pukul 7:00 esok, kecewa sebab perjalanan kami tak seperti yang kami rancang, malam untuk candat sotong dah jadi malam tidur di surau.Tengah malam kami sampai di Jeti. Dan yang sedihnya saya terbawa kunci motor, mesti orang kat rumah meradang semacam.

12:00 pg 5hb Julai,Jeti Tg. Leman.
Kami tidur ayam di surau Tg.Leman dengan bertemankan nyamuk dan dengkur enjin bot kawan-kawan. Lai tidur kat luar, rasanya dia tak boleh tidur. Wak Kang tidur dalam kereta. Pukul 5 pagi, kami punggah barang ke jeti, air dah mula pasang, ada yang cadangkan kami pancing sementara tunggu bot. Nanti bukan naik ikan, tapi naik angin sebab kena tunggu bot, biasanya bot yang tunggu kami. Seorang lagi kaki sampai, Ah Mok, bidan terjun sebab tak cukup krew.



7:00 pg
Keresahan kami reda bila bot kami sampai, Pak Din Lita muncul, Lepas bayar cukai jeti, kami turun ke laut dan terus singgah di rumah mak Ella di P. Sibu untuk bersarapan.” Em.. sakit badan naik speed bot ni, tak boleh elak lubang ’ kata Wak Kang bergurau, baju basah tak payah cakap la. 20 minit kami dah sampai kat pulau, Pad Din tunjukkan kami beting pasir yang halang speed bot dia keluar, kami cuma senyum aje. Sampai kat pulau, terpesona dengan keindahan pulau, aman dan tenang sekali. Disambut dengan kemesraan keluarga Mak Ella, sarapan dah siap, apa lagi, bedal la apa yang ada. Rasa malas la pulak nak tinggalkan pulau.

9:00 pg
Kami keluar ke laut, Ajib anak Pulau Sibu jadi awak-awak kami, ok, jom mancing la, apa lagi, 15 minit kami dah sampai kat unjam Tok Penghulu, cari umpan segar dan ikan pasar sikit, kerja kerja. Ah Lai rasmikan ikan pertama, ikan kunyit. Kemudian mula la banyak ikan pasar yang naik, seronok kami layan ikan kat unjam. Kerapu pakai pempes lagi pun kami angkat naik, tapi kalau segar lagi kami lepaskan.

Dah satu jam lebih kami kat unjam, 2 orang dah tumbang, tak cukup tidur agaknya walaupun tadi dah telan gula-gula feri senget sebelum ke laut. Mabuk tak boleh nak agak. Wak Kang dengan Atuk Aris yang penuhkan tong ikan kami, raja apollo, strike aje. Apa buntat mereka pakai.

Pak Din suruh cadangkan supaya turunkan 2 orang yang icu tu kat Pulau Karang. Bagus juga bagi dia berehat kat wad bawah pokok, kami tinggalkan mereka dan seorang lagi kat Pulau Karang tu dengan bekalan sedikit, mana tahu kami terlupa nak jemput balik nanti. Sementara kami terus kerja, tak ada ikan sangat bila kami pindah, paling besar pun kerapu karang tak sampai sekilo. Air tak cantik sangat, angin pun dah mula kuat dan ombak pun dah naik tinggi, kami pindah lagi ke tempat yang teduh sikit, tapi masih senyap, tak semeriah tadi, kat unjam. Seorang lagi dah baring, bosan tak ada ikan gigit la tu. Kami ambil keputusan untuk bailk ke pulau makan tengahari. Ikan tak makan baikkita balik makan, apa lagi. Lepas ambil 3 orang tadi, kami terus balik ke Pulau Sibu, Pak Din tekan speed bot dia macam F1 la pulak. Sakit badan dan ahh.. basah lagi.



1:30 ptg
Sebelum turun, Abg Din pesan dia tunggu kat Jeti pukul 3:00 ptg. Takut bot tak lepas nak keluar kalau naik dari kampung. Makanan dah terhidang masa kami sampai di rumah mak Ella, P.Sibu, berselera sekali kami makan dengan berlaukkan ikan kerapu masak asam pedas dengan sayur bendi masak sambal, telur goreng dan ikan goreng. Teringat asam pedas kat kampung, asam pedas Pt Jawa. Kalau balik, rajin juga saya bawa bapa saya kesana. Budak-budak ICU pun dah makan, dah ok agaknya. Ada juga yang bersuara ” macam ni boleh datang lagi, bawa anak bini ”. Habis licin, tinggal tulang dengan pinggan aje atas meja. Angin kuat bertiup dari pantai, perut dah kenyang, kami sempat tidur sekejap kat anjung rumah, em malasnya nak ke laut lagi. Dah sedap tidur.

3:15 ptg
Kami berjalan ke jeti, agak jauh jugak berjalan tapi seronok sambil melihat kawasan kampung P. Sibu, di jeti Abg Din dah menunggu, kami bertujuh ke laut lagi, kali pertama turun, tak berapa galak, lepas 30 minit kami pindah lagi, tempat kedua pun sama juga, kami terus ke kelong Ah Fatt mencuba nasib, dua hari lepas masuk dalam Berita Harian, tempat baik untuk memancing. Cheh! sama macam sebelumnya, pindah dekat lagi dengan kelong pun sama, ombak agak tinggi tapi air langsung tak berarus, Abg Din kata angin tenggara dah mula sampai. Abg Din ajak kami berpindah ke tempat teduh sikit. Petang tu kami tak banyak naik ikan. Penat kerana ikan tak naik, kami ambil keputusan terus balik makan malam, dalam perjalanan balik kami ambil keputusan untuk keluar lagi pagi esok, ombak dah nampak putih petang tu, tak membenarkan kami keluar lagi malam nanti. Sedih bila teringat pagi tadi, terlepas cakap "Ikan tak naik, angin yang naik". Allah tu Maha Mendengar.

7:45 ptg
Ah Lai dengan Ah Mok dah sibuk nak balik JB, selepas berbincang, suka hati kau lah, penat saya menghalang, Pak Din setuju hantar mereka ke Tg Leman malam tu atas perbelanjaan mereka sendiri. Selepas mandi di rumah mak Ella, kami duduk di beranda sambil berbual, gelap kat luar, lebih risau bila dengar deru angin dari arah laut sambil mengharap mereka selamat sampai ke Tg Leman.” Yang bawa bot pun berani hantar” kata Ella nak melegakan saya. Rasa lega bila Ah Lai menalipon kami yang mereka sudah di darat. Baru lega hati saya.

Lebih kurang pukul 8 lebih, kami makan malam, nampak bersusah payah mereka membakar ikan kat luar tu, alamak ikan ketarap bakar tu, syukur rezeki kami mewah malam itu, masing-masing dah ambil nasi sikit, biasalah makan ikan berlauk nasi. Ini yang kami nak datang lagi bawa keluarga. Em! entah bila. Lepas makan, barulah Fadili sibuk nak ambil gambar tulang ikan, lupa la nak ambil gambar ikan tadi sambil ketawa.

Malam tu Pak Din datang berbual dengan kami, tinggal saya dengan Cigu Nizam aje yang layan, yang lain dah bawa bot belayar, tekan minyak habis, enjin bunyi kuat tu. Selepas Pak Din balik, kami tidur lena malam tu walaupun tidur kat anjung luar, bukan apa, saja nak tidur berangin laut walaupun Mak Ella berkali-kali suruh kami tidur di dalam. Buat tak reti aje ambil bantal dengan tikar bawa ke anjung yang berbumbung. Di luar ada lembu orang kampung, rusa pun ada, tapi kami tak nampak pun ada rusa. Tidur

7:00 pagi, 5 hb Julai.
Selepas siap sarapan, kami ucapkan terima kasih dan kegembiraan kami pada Mak Ella dan keluarganya atas layanan mereka, kami terus ke jeti, semalam kami dah pesan dengan Pak Din untuk bawa kami terus ke unjam Karang Penghulu, tempat semalam, kami dah tak fikirkan lagi ikan sisik atau ikan besar yang kami idamkan sangat ty, yang penting kami ada ikan untuk dibawa pulang, syukur pagi tu, sebab kami dapat hasil seperti semalam, Atuk Aris dengan Wak Kang yang paling handal lagi, ikan kerapu paling besar pun mereka yang naikkan. Sempat juga saya tidur pagi tu dalam bot, letih tak dapat ikan, apollo pun dah tak ada. Satu dari joran saya pun meragam, tak nak kerja langsung dari semalam pagi.

12:15 th.
Sadar dari tidur, pandang keliling lain macam aje ni, belum sempat saya bersuara, Pak Din dah bertanya ” macamana ”. ” Game Over , kemas barang, kita nail darat ” kata saya. ”Pukul berapa ni? ”, ” Dah kita balik ”. Pak Din senyum mendengar jawapan saya. Dalam perjalanan balik, kanan dan kiri kami dah mula gelap nak hujan, ombak pun dah mula tinggi, risau dalam hati bila melihat kaki angin di sebelah kiri kami, darat jauh lagi. Tiba saja di jeti, hujan dah mula turun. Syukur kami dah selamat sampai kedarat. Masalah tadi jika kami lambat bergerak. Pak Din ajak kami minum, tapi kami kata tak apalah, lain kali aje. Selepas bersalam dan ucapkan terima kasih dengan Ajib dengan Pak Din, kami bersalin baju di Tg. Leman dan terus pulang ke Bandar Putra dengan 2 tong coleman berisi ikan unjam. Makan tengahari di Kota Tinggi. Akhirnya kami tetap berpuas hati sebab hasil kami lebih banyak dari trip kami ke Pulau Rimau, Penyabung bulan lepas. Hajat nak makan ikan ketarap tercapai juga walau bukan kami yang pancing.

Kalau nak ikan besar dan segar, tunggu ajalah pak nelayan balik. Apa nak bersusah payah pergi memancing di laut, tapi sebenarnya bukan hanya ikan yang kami cari.

Tanda-Tanda Rahmat yang Berasal dari Lautan

Dicatat oleh Amik


Rahmat-rahmat yang datang dari lautan adalah termasuk kurnian Allah kepada kita. Al-Qur`an menyebutkan beberapa dari itu,

“Dan Dialah Allah yang menundukkan lautan (untukmu) agar kamu dapat menemukan darinya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai, dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari kurnia-Nya, dan supaya kamu bersyukur.” (an-Nahl [16]: 14)

Kita akan menemukan rahmat tak terhitung jumlahnya manakala kita meneliti manfaat-manfaat yang diperoleh manusia dari lautan. Setiap laut adalah habitat alami dari beragam jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan, tergantung pada keadaan mereka masing-masing. Al-Qur`an menyebutkan beberapa dari mereka,

“Dan tiada sama (antara) dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum, dan yang lain masin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal berlayar membelah laut, supaya kamu dapat mencari kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (Faathir [35]: 12)

Meskipun manusia tidak terlibat di dalamnya, alam bawah laut memiliki tatanan sempurna yang menawarkan banyak manfaat.

Semua ini memungkinkan, berkat sempurnanya ciptaan Allah. Untuk imbalan semua ini, manusia hanya perlu merasa bersyukur kepada Allah.

Makanan dari Laut

Manusia yang tidak sepenuhnya mengetahui sumber khasiat yang mereka perlukan untuk menjaga kesihatan melalui khasiat yang baik, mendapat tawaran banyak sumber khasiat berkadar terbaik dan siap pakai. Seafood memanglah cukup kaya dengan sumber-sumber khasiat pertama, sebab diciptakan untuk memenuhi keperluan tubuh manusia akan vitamin dan mineral. Allah minta kita perhatikan manfaat makanan-makanan semacam itu,

“Dihalalkan bagimu binatang-binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan….” (al-Maa`idah [5]: 96)

Barangan seafood secara relatif tinggi kandungan mineralnya seperti chromium, cobalt, fosfor, tembaga, iodium, fluorin, dan sodium. Sebagai hasilnya, barangan-barangan ini meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan tubuh, menyeimbangkan tekanan darah, dan mencegah diabetes. Cobalt mencegah anemia, sementara tembaga dan iodium mempercepat penyerapan zat besi agar manusia merasa bersemangat (energetic). Seafood juga memfasilitasi proses mental dan mendorong pertumbuhan kulit sihat, gigi, rambut, dan kuku. Zink, yang kaya jumlahnya dalam makanan laut, adalah elemen penting untuk pertumbuhan badan dan pembangunannya, melindungi kepekaan penciuman dan rasa, ampuh dalam penyembuhan luka, dan mengatur jumlah serapan vitamin A dalam aliran darah. Lebih jauh lagi, ia merupakan bahagian dari insulin, yang mengendalikan keperluan tenaga metabolis.[12] Flourine memperkuat tulang dan membantu otot-otot dan sistem saraf agar berfungsi secara teratur.[13]

Al-Qur`an menyebutkan manfaat lain dari bahan makanan semacam itu dalam surah an-Nahl [16]: 14, “... kamu dapat memakan daging yang segar (ikan)....” Sangat mengejutkan bahawa Allah menyuruh kita memperhatikan “daging segar” dalam ayat ini, sebab, sebagaimana kita tahu, seafood harus dimakan selagi ia masih dalam keadaan segar. Kalau tidak, daging semacam itu akan menyengsarakan badan. Kenyataannya bahawa hanya barangan-barangan seafood yang dijelaskan begitu rupa di dalam Al-Qur`an mungkin menjurus pada fakta ini.

Ikan

Sementara Al-Qur`an bicara soal seafood secara umum, ia pun secara terinci minta perhatian kita pada ikan, sebagaimana diungkapkan dalam kisah Nabi Musa a.s. dan pembantu mudanya; mereka berdua makan ikan selama dalam perjalanan,

“Maka tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya, ‘Bawalah kemari makanan kita; sesungguhnya kita telah merasa letih kerana perjalanan kita ini. Muridnya menjawab, ‘Tahukah kamu tatkala mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan ....’” (al-Kahfi [18]: 62-63)

Perlu dicatat bahawa untuk perjalanan panjang seperti itu, Nabi Musa a.s. dan anak muda yang mengiringinya memilih ikan untuk makanan mereka. Dalam menceritakan kisah ini kepada orang-orang yang beriman, Allah meminta kita untuk memperhatikan nilai khasiat dari ikan. Dalam meneliti nilai khasiat dari ikan terungkap sejumlah fakta mengejutkan: Ikan kaya dengan kandungan mineral (seperti fosfor, sulfat, dan vanadium) yang meningkatkan pertumbuhan dan pembaikan selaput tubuh, menyembuhkan nyeri persendian, memfasilitasi kesihatan gusi dan gigi, menambah kecantikan dan warna kulit, menolong pemeliharaan kesihatan rambut, dan ampuh melawan infeksi bakteria. Selain itu, ikan juga memainkan peranan mencegah serangan jantung dengan jalan mengatur tingkat kolesterol aliran darah. Dengan memfasilitasi zat kanji dan metabolisme lemak, daging ikan memungkinkan tubuh menjadi lebih energetik dan kuat, dan juga memungkinkan mental memproses agar berfungsi sepatutnya.

Kekurangan vitamin D dan mineral-mineral lain yang terdapat pada ikan boleh mendatangkan penyakit-penyakit kekurangan vitamin seperti sakit gusi, keluhan kelenjar , penyakit lembut, dan bengkok tulang pada anak-anak, dan lain-lain.[14]

Karangan yang Dapat Diperoleh dari Laut

Mutiara adalah salah satu karangan pilihan yang diambil dari laut. Proses pembentukan mutiara cukup menarik juga untuk diketahui: Beragam makhluk laut berdaging lunak tanpa tulang seperti kerang, siput, remis, menjajarkan bahagian dalam tempurung mereka dengan benda-benda mulia warna keputihan yang disebut ‘induknya-mutiara’. Makhluk-makhluk dasar laut ini menggunakan metode seragam dalam menaklukkan partikel (seperti pasir dan biji-bijian) untuk mencegah kerosakan daging di dalam tempurungnya, dan menyemburkan cairan ke sekeliling induk mutiara. Dengan begitu, mulailah pembentukan mutiara. Seperti mutiara, batu-batu mulia yang ditemukan di dasar lautan juga digunakan sebagai barang perhiasan oleh manusia.

Pembentukan mutiara yang sangat menakjubkan itu jelas sekali memperlihatkan kemahatinggian seni Allah, Maha Pencipta. Al-Qur`an menggugah perhatian kita kepada kenyataan bahawa keindahan dan kemolekan secara khusus diciptakan sebagai kurnia untuk manusia beriman,

“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.” (ar-Rahmaan [55]: 19-22)
_____________________________________

Catatan-catatan:

4. Resimli Saglik Ansiklopedisi, ( Illustrated Health Encyclopedia), Bilpa-Inkilap Publishing, vol. 4, p. 476

5. Sabah Gazetesi,(A Turkish Daily Newspaper), 25 December 1997, From Harvard University

6. Ana Britannica Ansiklopedisi, (Britannica Encyclopedia), vol. 8, p. 334