Trip Pancing Pulau Besar, Mersing
Tarikh sabtu 10hb April 2010 ( 25hb R'Akhir 1431 Hijrah)
Bidan terjun untuk merancang trip ini dengan rakan-rakan sekerja, tekong yang saya kenal bagus pun dah penuh ditempah hingga bulan Jun.
Pada mulanya merancang untuk ke Pulau Sibu dengan Pak Din tapi saat akhir Pak Din ada kerja dengan krew pengambaraan film hingga akhir bulan Julai.
Akhirnya Pak Din cadangkan untuk cuba Pat Mat, tekong Pulau Besar, Mersing. Orang Pulau Besar yang tahu lubuk ketarap. Katanya.
Salah satu dari kami menarik diri seminggu sebelum tarikh dan gagal mencari pengganti,terpaksa bertolak dengan 7 orang. Daripada perbualan saya dengan
Pak Mat, tak ada unjam ikan cuma ada karang, tak ada Gps atau sonar cuma tahu kat mana lubuk ikan, tak ada dapur gas cuma ada dapur minyak tanah,
tak ada lesen laut dalam dan tak ada daftar nama peserta. Rasa berat untk pergi tapi kerana tak nak kecewakan kawan-kawan yang dah gian nak kelaut,
saya teruskan seperti yang telah kami tetapkan sebelumnya.
Urusan umpan,Abon uruskan semuanya. Pukul 4:30 pagi, kami berkumpul di Restoran Ayub, Kota Tinggi untuk bersarapan pagi dan telan gula-gula mabuk.
Pukul 5:00 kami bertolak ke Jeti Kargo, Mersing. Kami singgah sebentar untuk subuh di Masjid Jamik Mersing dan terus ke jeti. Pukul 7:00 pagi,
Pak Mat dah tunggu di jeti dengan Man,awak-awak. Semasa memindahkan barang ke dalam bot, terasa macam ada yang tertinggal,dalam hati terasa pelik kenapa
macam sikit sangat barang yang kami punggah ke bot tapi saya tak bersuara la pulak.
Dalam bot tertanya mana kotak ikan, rupanya tinggal dalam bonet kerata. Ha ha! kena dah. Tengok bekal makan dan minum yang kami bawa pun macam terasa ada
yang kena beli lagi kat laut nanti, kalau ada jual. Doa ajelah. Masing-masing dah setuju nak beli sendiri sebelum pergi, saya dah cadangkan untuk beli
kongsi tapi cuma berkerut dahi aje. Nampak gaya kena lagi ni. Hampas lagi ada yang tak bawak kotak pancing. Ah! Tension nya.
Bot RM 900 sewa macamana? tak ada tempat letak joran, tak ada kotak ikan,tak ada tandas, lampu pun macam tak ada, dalam bilik bersepah macam baru kena ribut,
air bersih pun tak ada, sauk dan cangkuk ikan pun tak nampak. Dalam hati fikir cukup la makan sampai muntah kali ni aje. Belum memancing tapi hati dah penuh
dengan rasa kecewa yang amat sangat. Tidur sekejap untuk lupakan apa yang munkin berlaku nanti.
Sampai di Karang Hitam, depan resort Pulau Besar, turunkan joran dengan Appolo untuk main yo-yo, ada ikan makan, kasar juga ikan yo-yo kat pulau besar ni, cuma
tak banyak yang naik. Rata-rata saiz kurang dari 200g, tekong dengan awak-awak ada juga main yo-yo. Bagus juga tolong kami cari ikan tapi macam ada yang tak
kena aje, kenapa ikan dia tak campur dengan ikan kami pancing, orang kat belakang dah kecoh dengan ikan kerapu. Besar la tu agaknya. Boleh la makan masa naik
pulau nanti.
Pukul 2:00 kami pindah ke karang putih depan Masjid, hasilnya tak banyak beza dari tempat awal kami tadi,selar papan, kacang, pasir, charu dan kembung.
Air coke yang saya bawa dah habis dari tadi lagi. Perut pun dah mula lapar. Pat Mat ajak kami naik pulau untuk makan. Kami yakan aje,memang kami dah lapar
Pukul 4 kami kat darat Pulau Besar dengan ikan untuk kami goreng,mana ikan kerapu orang belakang tadi, tak nampak pun, la ikan kerapu pakai pempes lagi
rupanya, em! kena lagi. Saya berbual kejap dengan Abang Din dekat jeti. Nampak tak banyak berubah. Singgah di masjid untuk mandi dan solat jamak asar dan
zohor. Mandi air perigi, seronok juga, macam zaman dulu-dulu, kanak-kanak lagi.
Restoran tempat kami makan nampaknya macam restoran dan pup, ada jual arak. Masalah lagi ni,"minum guna gelas bekas arak ni" kata dua tiga orang kawan.
Peh! Pedih sungguh rasanya. Saya cuma hilang suara masa tu tapi otak tetap berfikir nak buat macamana, alim la pulak bila tiba bab-bab remeh macam ni.
Ketawa dalam hati bila dah ada jalan keluar. Kawan-kawan yang dah ambil pesanan air,semuanya tukar air coke bila dengar saya pesan untuk minum air coke
dalam tin. Pelayan restoran tu pun ikut senyum. Lepas makan kami naik semula ke bot. Pat Mat bising, takut tak dapat nak cari tanda Karang hitam kalau hari
dah gelap.
Bot berlabuh ditempat pagi tadi kami main yo-yo, saya tak rasa ada ikan yang makan umpan saya sampai ke maghrip.Pak Mat hidupkan lampu sebesar bola ping-pong,
, Ya Allah,tuhan saja yang tahu perasaan saya masa itu, nak masukkan tali dalam mata kail pun tak nampak dengan lampu macam tu.Lampu kat belakang rosak dan terpaksa ganti dengan lampu besar telur ayam.
selepas maghrip pun masih tak ada ikan yang cuit umpan saya, Abun, Syukur, Black dan Fazli riuh lagi di belakang, ada la tu ikan yang makan umpan mereka. Azan dah mula naik ikan, tapi saya masih tak
berhasil. Pukul 9:00, kami pindah ke tempat yang lain, berdepan dengan resort yang terbiar, lubuk ketarap. Tapi tak banyak berbeza, ketarap yang kami harap
masih tak nampak lagi. Tanya Pak Mat mana dapur minyak, kami nak masak air panas, angin lagi! dapur pun tak boleh guna, semua perasaan bercampur dalam hati,
perasaan kawan-kawan mungkin lagi kecewa dari saya. Pak Mat seolah-olah tak ada rasa bersalah pun.
Malamnya saya dah tak ada hati lagi nak memancing, campak joran kat tepi, duduk perhatikan teletah kawan-kawan senasib saya. Man awak-awak suruh saya
ajak Pak Mat pindah. Saya kejutkan Pak Mat untuk beralih. Ikan tak makan,nak pindah mana lagi malam-malam ni! herdik Pat Mat. Pak Mat suruh Man awak-awak
angkat sauh sambil marah, tadi dah baik-baik berlabuh kat Karang Hitam, tak sabar nak tunggu, ajak pindah. Tadi masa kami ajak pindah, Pak Mat tak cakap pun suruh
tunggu, kalau cakap awal tadi, mungkin kami pun tak nak pindah.
Pindah tempat lain pun,macam nak kena kan kami lagi, tempat yang tak ada ikan makan. Sakit hati saya, baik saya tidur. Malas nak bercakap apa-apa lagi.
Esok Pak Mat ajak kami pindah kebelakng pulau. Ada la naik beberapa ketarap tapi sakit hati malam tadi masih lagi berakar. Bot tak boleh nak berlabuh
ketepi batu sebab sauh sangkut, sauh zaman bila pun saya tak tahu, tak kan la sauh dawai tak ada dah tahu tempat macam ni. Kami pindah dua tiga tempat
pagi tu, macam bisa la, lubuk tak ada ikan, rasanya memang Pat Mat nak kenakan kami.
Kepala saya dah mula rasa berdenyut sebab dari semalam petang saya tak makan,saya tidur sampai bot bertolak balik. Sampai di jeti, segera saya jelaskan sewa bot,
Pak Mat minta no talipon saya, saya tulis dalam buku dia, dalam hati selalu saya minta no talipon tekong, tapi kali tekong minta no talipon saya. Hai nak kena
patuk ular yang sama dan tempat yang sama ke?
Naik di darat, saya terus cari tempat makan. Lapar tak tahan. Saya cakap dengan Abun, tekong ni kita black list terus. Tak boleh pakai. Pakai untuk sakitkan hati,
boleh la.
Kepada semua rakan yang mengikut trip ini,Abun, Ajan, Syukur, Black, Fazli dan Jaz, saya ucapkan terima kasih atas kerjasama semua sehingga kita selamat balik.
Semoga berjumpa di trip yang lain. Amin.
Mukadimah
Sesungguhnya segala puji adalah milik Allah. Kita memuji, memohon pertolongan dan meminta ampunanNya. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan dan keburukan amal perbuatan kita. Siapa yang ditunjukan Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Siapa yang disesatkan Allah maka tidak ada yang dapat menunjukanya. Aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang haq kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusanNya. semoga shalawat, salam dan keberkahan dilimpahkan kepada beliau, keluarga, sahabat dan segenap orang yang mengikutinya.
Amma ba'-du.
Amma ba'-du.
This entry was posted
on Friday, April 16, 2010
and is filed under
Catatan
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Facebook Badge
Profil
" Dan tiada sama ( antara ) dua laut;yang ini tawar, segar, sedap diminum, dan yang lain masin lagi pahit, Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakai, dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal berlayar membelah laut, supaya kamu dapat mencari kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur."(Faathir[35]:12
0 ulasan